SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN



Friday, January 22, 2010

PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA

Permulaan sebuah Krew Pengakap Kelana bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini adalah kerana ia melibatkan anggota yang berbilang bangsa dan agama. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk mendaftarkan sesebuah Kumpulan Pengakap Kelana.

Langkah Pertama

Mengadakan suatu perjumpaan di antara mereka yang ingin menjadi Pengakap Kelana. Mendapatkan nama penuh dan butiran peribadi mereka. Jika boleh, jemput Pesuruhjaya Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Kelana) menghadiri perjumpaan ini. Menerangkan kepada mereka tentang tujuan dan aktiviti Program Latihan Pengakap Kelana.


Langkah Kedua

Mendapatkan seseorang yang berusia 26 tahun dan ke atas yang berminat dan bertanggungjawab untuk dilantik menjadi Penasihat Krew Pengakap Kelana. Sekiranya terdapat ahli-ahli perempuan dalam Krew tersebut, seorang Penolong Pemimpin Wanita hendaklah dilantik.


Langkah Ketiga

Dapatkan kebenaran Pesuruhjaya Pengakap Daerah, untuk menubuhkan Krew Pengakap Kelana tersebut.


Langkah Keempat

Melengkapkan borang-borang yang berkenaan. Menyerahkan borang tersebut kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk dikemukakan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Menjalankan satu perjumpaan khas:
Setiap ahli diberi buku panduan Pengakap Kelana
Melantik ahli jawatankuasa
Menetapkan satu hari untuk menjalankan mesyuarat Krew.
Menetapkan yuran Krew.

Langkah Kelima

Sekiranya Krew tersebut ditubuhkan di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) atau syarikat, dapatkan penganjur untuk mengisi jawatan Majlis Jawatankuasa Kumpulan.


Langkah Keenam

Dapatkan borang pendaftaran dan permohonan tauliah pemimpin daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah ataupun Ibu Pejabat Pengakap yang berhampiran.
Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah berserta yuran pendaftaran

No comments:

Post a Comment