SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN


Friday, January 22, 2010

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia.

Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai inisiatif oleh Lord Baden-Powell (BP) untuk Pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.

Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti
Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.

Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk
Scouting for Boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripada sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan dengan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu
melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa. Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama, ditubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank
Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan Pengakap berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu.

Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakan negara Eropah Timur selepas terdapat
jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia.

Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun
1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada tahun 1918, nama ini telah ditukar menjadi Pengakap Kelana.

Pada tahun 1922, BP telah menulis dan menerbitkan sebuah buku panduan untuk bahagian Pengakap Kelana yang diberi nama,
Rovering to Success. Di dalamnya, beliau membentangkan tujuan dan matlamat Pengakap Kelana dan menggambarkan jalan ke arah kehidupan yang dilihat beliau sebagai panduan untuk pemuda-pemuda mengikuti keadaan semasa.

Pada tahun 1931, Perkhemahan Kelana Sedunia (
World Rover Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg, Switzerland. Perkhemahan ini telah dihadiri oleh 3000 ahli Pengakap Kelana dan keputusan dalam penerimaan Pengakap Kelana sebagai pergerakan seluruh dunia telah dicapai semasa perkhemahan ini.

Tahun 1975 memperlihatkan pembangunan yang pesat dalam Pengakap Kelana apabila keahlian dibuka kepada wanita muda di Malaysia. Ini telah diikuti dengan keputusan yang sama bagi bahagian Pengakap Remaja dan disambung kepada bahagian Pengakap Muda dan bahagian Pengakap Kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment