Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah sebuah badan sukarela. Ia merupakan NGO (Non Governmental Organization) dan NPO (Non Profit Organization). PPM terbuka kepada semua tanpa mengambil kira perbezaan agama, bangsa atau kepercayaan, dalam erti kata bersesuaian dengan prinsip dan pegangan yang diutarakan oleh pengasasnya, Lord Baden-Powell.
Pengakap Kelana bukan sahaja satu program yang meluas dan berfaedah, tetapi ia adalah jalan kehidupan yang lebih sihat.
Matlamat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk membina semangat kerakyatan dan menggalakkan pembangunan fizikal, mental, sosial dan semangat golongan muda supaya mereka dapat memperoleh kedudukan yang baik sebagai anggota masyarakat tempatan, kebangsaan dan juga antarabangsa.
Pengakap Kelana cuba untuk membantu mengenali peranan yang boleh dimainkan dalam masyarakat. Ia juga menggalakkan ahlinya untuk menjadi jujur pada diri sendiri dan turut bertanggungjawab kepada dunia sekeliling.
Dasar Pengakap adalah sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh pengasasnya, iaitu PENGAKAP harus berkhidmat demi Tuhan, bertindak dengan mengambil kira apa yang perlu dan menggunakan kebolehan untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga, serta masyarakat di mana mereka tinggal. Terdapat tiga prinsip yang dijelaskan daripada kod yang dipimpin di mana sifat-sifat ahli dalam gerakan adalah berpandukan kepada: kewajipan kepada Tuhan; kewajipan kepada semua; dan kewajipan kepada diri sendiri.
Gerakan dalam Bahagian Pengakap Kelana adalah bahagian dewasa di mana ia adalah penemuan diri di dalam penyesuaian dengan tujuan serta prinsip gerakan.
Dasar ini dibentuk dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap. Untuk menjadi seorang Pengakap Kelana, Persetiaan Pengakap hendaklah dilaksanakan. Apabila membuat sesuatu, Pengakap Kelana hendaklah menyumbangkan kepada dasar ini.
Walau bagaimanapun, Pengakap Kelana bukanlah bersifat keagamaan. Ia memberi galakan untuk membuat sesuatu kerja dengan idea sendiri dan konsep ketuhanan masing-masing, di dalam erti kata yang luas tentang Persetiaan dan Undang-undang Pengakap supaya idea itu dapat dijadikan suatu tindakan.
Friday, January 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment