SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN



Friday, January 22, 2010

PENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA

Sebuah Krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur di antara 17 ½ hingga 25 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis Krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana esemuanya boleh ditubuhkan di bawah Polisi Organisasi dan Peraturan (POR) Persekutuan Pengakap Malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Krew-krew tersebut adalah:

1) Krew Pengakap Kelana dalam Kumpulan
Kumpulan ini didaftarkan sebagai Unit Kanan (dewasa) bagi sesuatu kumpulan untuk menyempurnakan struktur keluarga kumpulan tersebut tanpa menggunakan nama kumpulan. Ketua dan Penasihat Krew akan mewakili Krew di dalam majlis kumpulan.

2) Krew Pengakap Kelana Tempatan (Kumpulan Terbuka)
Didaftarkan sebagai satu kumpulan berasingan. Krew ini tidak mempunyai jawatankuasa kumpulan dan ahli-ahlinya mendapat sumbangan dengan usaha sendiri.

3) Krew Pengakap Kelana Daerah
Sebuah Krew Pengakap Kelana Daerah adalah ditubuhkan dengan cara yang sama seperti sebuah Krew terbuka tempatan.

4) Krew Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)
Krew ini ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Disifatkan sebagai satu kumpulan di bawah unit KLKM (Negeri). Penasihat adalah seorang ahli atau kakitangan institusi berkenaan sama
ada kakitangan akademik mahupun kakitangan bukan akademik. Krew KLKM ditubuhkan dengan polisi unit KLKM.

5) Krew Pengakap Kelana Aktiviti Istimewa
Krew ini ditubuhkan sebagai krew terbuka bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kumpulan yang berminat menjalankan aktiviti secara berkumpulan seperti
rock climbing, abseiling, caving, scuba
diving, marathon dan lain-lain.

6) Krew Perkhidmatan
Ditubuhkan untuk satu masa yang ditetapkan bagi membantu dalam aktiviti besar yang dianjurkan oleh negara atau negeri. Krew ini dibuka kepada semua ahli Pengakap Kelana. Krew ini boleh ditubuhkan untuk
menjalankan perkhidmatan bagi sesebuah ibu pejabat atau tempat perkhemahan. Krew tersebut adalah tertakluk di bawah negara atau negeri dan mempunyai peraturan tertentu

No comments:

Post a Comment